Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Assalamualaikum w.b.t...
aku amat sokong konsep yg diperkenalkan oleh PM kita, Dato Seri Najib Tun Razak iaitu 1 Malaysia Menjana Transformasi. ini kerana perkataan Transformasi tu membawa aku berfikir, bagaimana 1 Malaysia ini membawa perubahan terhadap negara yang kita sanjungi ini,Malaysia. tapi, yang aku tengok & perhatikan setakat ini ialah tiada sebarang perubahan pun terutama dalam aspek perpaduan antara kaum di negara kita ini. setahu aku,1 Malaysia ini berkonsepkan perpaduan antara pelbagai kaum yang wujud di Malaysia ini. namun,tiada pula perubahannya. rakyat semakin berpecah belah adalah. ini semua mainan politik negara aku kira.emmm...namun begitu, mungkin banyak juga la yang PM kita laksanakan untuk mencapai konsep 1 Malaysia tu. tu politik dalam negara kita,Malaysia. aku malas nak cakap banyak la pasal politik ni,bimbang ada yang tak puas hati kang..hehe...tak nak la kita sesama rakyat bergaduh nanti perpaduan rakyat tak dapat dicapai dan 1 Malaysia hanya bermain dimulut sahaja.
sekarang,aku nak berkongsi pandangan pula berkaitan dengan politik di sesebuah universiti pulak. maklumla kan...aku ni juga pelajar universiti.hehe..tahulah serba sedikit pasal politik2 universiti ni..baiklah,,,menyentuh pasal politik di universiti ni,ianya sama je dengan politik negara. masing2 nak mempertahankan buah-buah fikiran masing2 dalam mengemukakan pandang atau pendapat. dalam politik negara,ahli2 politik bersedia untuk memberi pandangan dan pendapat masing2 tentang konsep2 yang mereka nak laksanakan.tak kira ar dalam apa cara sekali pun.asalkan pandangan mereka diterima pakai. sebab tu la berlaku sesuatu yang tidak diingini. sebagai contoh peristiwa hitam 13 Mei beberapa tahun dahulu. sama juga di universiti. di universiti, pihak pengurusan akan memainkan peranan penting dalam mentadbir universiti dibawah naungannya. oleh sebab itu, mereka boleh buat apa sahaja yang mereka rasa ianya betul. namun begitu, ada juga perasaan terkilannya, dimana pihak pengurusan membuat keputusan yang bukan-bukan tanpa memikirkan baik dan buruk nya. tapi,kita hanyalah student yang hanya tumpang belajar,tak boleh buat apa2 melainkan memberi pandangan & cadangan untuk membetulkan apa yang kita rasa salah. tapi tak tahu la mereka terima ke tak kan...terserahlah pada yang pakar..hehe.apa2 pun,kita hanya merancang,ALLAH yang akan menentukan segala2 nya.
namun begitu,ada medium yang boleh pelajar2 boleh gunakan untuk lontarkan segala permasalahan mereka jika mereka rasa tak berpuasa hati dengan apa2 benda termasuk perntadbiran universiti itu sendiri. ianya ialah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dilantik melalui pilihanraya kampus yang biasanya dilansungkan setiap 1 tahun sekali di semua universiti. MPP ini menjadi perantaraan antara pelajar dan pihak pengurusan yang bertindak sebagai wakil pelajar dalam menyuarakan sesuatu kepada pihak pengurusan di universiti masing2.jadi,dengan adanya MPP sebagai wakil pelajar,pelajar2 bolehla menyuarakan sesuatu pandangan kepadanya.ia lebih memudahkan pelajar.
apa yang aku nak cakapnya di sini ialah insyaAllah,selepas mid sem break bersamaan cuti raya cina selama 1 minggu,pilihanraya kampus akan diadakan.akulah salah satunya calon MPP yang akan bertanding dengan slogan atau lebih kenali sebagai menifesto ialah "Bersama Menjana Transformasi Ke Arah Kecemerlangan Mahasiswa".dengan menifestasi ini,insyaAllah pelajar2 akan undi aku. ianya memberi maksud yang mendalam iaitu membawa mahasiswa2 universiti membuka fikiran masing2 untuk berubah dari yang buruk kepada baik & yang baik ke arah yang lebih baik tak kira dalam apa2 aspek sekalipun terutama dalam aspek kerohanian dimana mahasiswa2 perlu kembali ke agama Islam dalam melakukan sesuatu perkara. sebagai contoh,kita boleh bersuka ria tapi perlulah fikir apa yang baik dan apa yang buruk supaya apa yang kita buat tu mendapat keberkatan ALLAH S.W.T.
bersama-sama lah kita mendoakan segala perbuatan,perlakuan,percakapan dan ilmu yang kita cari itu mendapat keberkatan oleh ALLAH. itu kerana kepadaNya sahaja kita akan dikembalikan.amin.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment