Loading...

Thursday, January 27, 2011

Balasan-balasan yang Allah Tetapkan kepada HambaNya...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum w.b.t...

entry ni aku tulis dengan tujuan kita sebagai hamba ALLAH, perlu sedar apa amanah yang ALLAH telah tetapkan yang perlu kita laksanakan sebagai khalifah di muka bumi yang hanya sementara ini. antaranya ialah menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,bukan 5 waktu sehari dua malam ye!. amanah ni wajib ditunaikan ke atas semua umat yang beragama Islam. maknanya,kalau kita tinggal @ abaikan amanah ni,kita akan berdosa,tak dapat pahala. selain itu,umat yang meninggalkan apa yang diperintah ALLAH,mereka akan menerima balasan ALLAH. umat Islam yang meninggalkan solat 5 waktu akan menerima balasan ALLAH mengikut solat. antaranya:

Solat Subuh=Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Solat Zohor=Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
Solat Asar=Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Solat Maghrib=Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Solat Isya'=Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..


haaa..tu balasan orang yang tinggal solat. ada juga balasan terhadap orang yang melengah2kan solat.



Rasulullah s.a.w.  bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku.

Keterangan di atas menjelaskan betapa Allah memberi peringatan amaran terhadap mereka yang melengah-lengahkan sembahyang. Andainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan menyedari betapa pedih dan sakitnya seksaan tersebut, dia akan sedar dan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

oleh yang demikian, marilah sama2 kita fikirkan & renungkan  sejenak apa yang kita lakukan selama ini betul @ tak. kalau tak betul,it means that there is something wrong somewhere to us. renung2kan & SELAMAT BERAMAL!!!!!!!

P/S: kalau biasa tinggal solat subuh tu,ubah2 la diri tu untuk bangun solat subuh.janganlah asik solat subuh gajah ke unta ke lembu ke ye..!!!Ingat!!! ALLAH sentiasa melihat apa yang kita buat....


sekian, wassalam ^_____^

4 comments:

  1. Sejuk hati tgk tulisan anak2 muda tentang agama. selalunya ckgu kalau masuk blog remaja lain pengisiannya.. Syabas Mawi..

    ReplyDelete
  2. hehehe~~
    thanks ckgu...sbnrnya,sy wt blog ntuk brkongsi dgn sume org especially about our religion.sdikit sbyk kene la tw jgk psl agama ni ckg..hehe. sbbnya,apa2 yg kita buat,mst igt kpd Dia Yg Maha Esa..tol x ckgu? :)

    ReplyDelete
  3. Benar sekali Mawi... kalau ada ilmu agama dlm diri segala apa yg kita buat akan mengikut landasan yg betul insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. ckgu,naik cuti ni uitm akn adakan plihanraya kampus untuk pmilihan MPP..sy slah satu calonnya.doakn sy mnang ye ckgu.apa rncangan sy andaikata ditakdirkan sy t'plih jd MPP ialah untuk membawa pndkatan islamic kpd kampus uitm dungun..insyaAllah...sbbnya,sy lihat slama sy brada kt uitm dungun,nilai2 islamic pada studnt2 amat rndah.masyaAllah,xtw nk kate ap...huhu

    ReplyDelete