Monday, January 31, 2011

Sejuk Perut Ibu Mengandung...

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalamu'alaikum W.B.T...


Wahai sahabat2ku sekalian,

marilah kita memanjatkan rasa syukur kpd ALLAH S.W.T di atas nikmat iman & Islam yg diberikan kpd kita sampai sekarang. Alhamdulillah. ALLAH sentiasa bg ujian kpd hambaNya. ini bermakna ALLAH nak uji sejauh mana hambaNya bersabar dgn ujian yang diberikan.MasyaAllah.

sebenarnya,entry ini bertujuan untuk kita menghayati sedikit pengorbanan yang dibuat oleh ibu kita yang mana ibu kita mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. beliau ibarat mengorbankan separuh drp nyawanya sepanjang masa tersebut sehingga lah saat2 kita dilahirkan dari rahimnya. Subhanallah...betapa sakitnya semasa kita hendak dilahirkan...Tuhan saje yg tahu.

selepas itu,ibu bersusah payah membesarkan kita tanpa mngira penat lelah,bermain dgn kerenah anak2. ibu menjaga kita,membelai kita,memberi makan & minum kpd kita & byk lagi sehingga kita pandai menilai perkara baik @ buruk.jadi,sama2 la kita hayati video ini sebagai teladan yang mana seorang anak yang masih cilik pandai berkata2 tentang agama.sila hayati:

alangkah SEJUKNYA PERUT IBU MENGANDUNGKAN ANAK seperti ini yang pandai & tahu tentang agama ALLAH.MasyaAllah...ALLAH Maha Besar...saya kira,ibubapanya cukup bangga mempunyai anak seperti ini. contohilah anak ini ya sahabat!

selain itu,ada juga anak KELANTAN kelahiran Thai (Siam) yg pandai berkata2 ibarat menyampaikan ceramah dikhlalayak ramai.Saksikan:
hayatilah sahabtku...tp bg sahabat2 yang tidak memahami kata2nya,sila baca subtitle yg disediakan. MasyaAllah...sungguh teruja melihat & mendengar apa yang dissampaikan,bagi saya la...hehe..
sbbnya,sy sendiri xberapa pandai bercakap dikhalayak ramai...hehe..berdebor jgk rase..haha.

Maka,kesimpulannya,bertuahlah ibubapa2 yg dianugerahkan anak sperti anak2 ini. jd,kpd sesapa yg baru melahirkan anak, jgn sesekali sampai ati untuk buang/bunuh anak tersebut,sesungguhnya,anak adalah anugerah ALLAH kpd kita. dan sy dgr2,anak ni boleh menambahkan lg rezeki ibubapa.makanya,ramai2knlah anak ye!hahaha..insyaAllah.. :)

sekian,wassalam.

P/S: hargai semua bnda yg diberikan @ dianugerahkan oleh ALLAH,bkn shaja anak tp sume nikmat yang ALLAH kurniakn kpd kita.jglah ia baik2.InsyaAllah,hidup kita diberkati  ALLAH.

Thursday, January 27, 2011

Balasan-balasan yang Allah Tetapkan kepada HambaNya...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum w.b.t...

entry ni aku tulis dengan tujuan kita sebagai hamba ALLAH, perlu sedar apa amanah yang ALLAH telah tetapkan yang perlu kita laksanakan sebagai khalifah di muka bumi yang hanya sementara ini. antaranya ialah menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,bukan 5 waktu sehari dua malam ye!. amanah ni wajib ditunaikan ke atas semua umat yang beragama Islam. maknanya,kalau kita tinggal @ abaikan amanah ni,kita akan berdosa,tak dapat pahala. selain itu,umat yang meninggalkan apa yang diperintah ALLAH,mereka akan menerima balasan ALLAH. umat Islam yang meninggalkan solat 5 waktu akan menerima balasan ALLAH mengikut solat. antaranya:

Solat Subuh=Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Solat Zohor=Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
Solat Asar=Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Solat Maghrib=Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Solat Isya'=Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..


haaa..tu balasan orang yang tinggal solat. ada juga balasan terhadap orang yang melengah2kan solat.



Rasulullah s.a.w.  bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku.

Keterangan di atas menjelaskan betapa Allah memberi peringatan amaran terhadap mereka yang melengah-lengahkan sembahyang. Andainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan menyedari betapa pedih dan sakitnya seksaan tersebut, dia akan sedar dan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

oleh yang demikian, marilah sama2 kita fikirkan & renungkan  sejenak apa yang kita lakukan selama ini betul @ tak. kalau tak betul,it means that there is something wrong somewhere to us. renung2kan & SELAMAT BERAMAL!!!!!!!

P/S: kalau biasa tinggal solat subuh tu,ubah2 la diri tu untuk bangun solat subuh.janganlah asik solat subuh gajah ke unta ke lembu ke ye..!!!Ingat!!! ALLAH sentiasa melihat apa yang kita buat....


sekian, wassalam ^_____^

Wednesday, January 26, 2011

Bersama Menjana Transformasi Ke Arah Kecemerlangan Mahasiswa

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum w.b.t...

aku amat sokong konsep yg diperkenalkan oleh PM kita, Dato Seri Najib Tun Razak iaitu 1 Malaysia Menjana Transformasi. ini kerana perkataan Transformasi tu membawa aku berfikir, bagaimana 1 Malaysia ini membawa perubahan terhadap negara yang kita sanjungi ini,Malaysia. tapi, yang aku tengok & perhatikan setakat ini ialah tiada sebarang perubahan pun terutama dalam aspek perpaduan antara kaum di negara kita ini. setahu aku,1 Malaysia ini berkonsepkan perpaduan antara pelbagai kaum yang wujud di Malaysia ini. namun,tiada pula perubahannya. rakyat semakin berpecah belah adalah. ini semua mainan politik negara aku kira.emmm...namun begitu, mungkin banyak juga la yang PM kita laksanakan untuk mencapai konsep 1 Malaysia tu. tu politik dalam negara kita,Malaysia. aku malas nak cakap banyak la pasal politik ni,bimbang ada yang tak puas hati kang..hehe...tak nak la kita sesama rakyat bergaduh nanti perpaduan rakyat tak dapat dicapai dan 1 Malaysia hanya bermain dimulut sahaja.

sekarang,aku nak berkongsi pandangan pula berkaitan dengan politik di sesebuah universiti pulak. maklumla kan...aku ni juga pelajar universiti.hehe..tahulah serba sedikit pasal politik2 universiti ni..baiklah,,,menyentuh pasal politik di universiti ni,ianya sama je dengan politik negara. masing2 nak mempertahankan buah-buah fikiran masing2 dalam mengemukakan pandang atau pendapat. dalam politik negara,ahli2 politik bersedia untuk memberi pandangan dan pendapat masing2 tentang konsep2 yang mereka nak laksanakan.tak kira ar dalam apa cara sekali pun.asalkan pandangan mereka diterima pakai. sebab tu la berlaku sesuatu yang tidak diingini. sebagai contoh peristiwa hitam 13 Mei beberapa tahun dahulu. sama juga di universiti. di universiti, pihak pengurusan akan memainkan peranan penting dalam mentadbir universiti dibawah naungannya. oleh sebab itu, mereka boleh buat apa sahaja yang mereka rasa ianya betul. namun begitu, ada juga perasaan terkilannya, dimana pihak pengurusan membuat keputusan yang bukan-bukan tanpa memikirkan baik dan buruk nya. tapi,kita hanyalah student yang hanya tumpang belajar,tak boleh buat apa2 melainkan memberi pandangan & cadangan untuk membetulkan apa yang kita rasa salah. tapi tak tahu la mereka terima ke tak kan...terserahlah pada yang pakar..hehe.apa2 pun,kita hanya merancang,ALLAH yang akan menentukan segala2 nya.


namun begitu,ada medium yang boleh pelajar2 boleh gunakan untuk lontarkan segala permasalahan mereka jika mereka rasa tak berpuasa hati dengan apa2 benda termasuk perntadbiran universiti itu sendiri. ianya ialah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dilantik melalui pilihanraya kampus yang biasanya dilansungkan setiap 1 tahun sekali di semua universiti. MPP ini menjadi perantaraan antara pelajar dan pihak pengurusan yang bertindak sebagai wakil pelajar dalam menyuarakan sesuatu kepada pihak pengurusan di universiti masing2.jadi,dengan adanya MPP sebagai wakil pelajar,pelajar2 bolehla menyuarakan sesuatu pandangan kepadanya.ia lebih memudahkan pelajar.

apa yang aku nak cakapnya di sini ialah insyaAllah,selepas mid sem break bersamaan cuti raya cina selama 1 minggu,pilihanraya kampus akan diadakan.akulah salah satunya calon MPP yang akan bertanding dengan slogan atau lebih kenali sebagai menifesto ialah "Bersama Menjana Transformasi Ke Arah Kecemerlangan Mahasiswa".dengan menifestasi ini,insyaAllah pelajar2 akan undi aku. ianya memberi maksud yang mendalam iaitu membawa mahasiswa2 universiti membuka fikiran masing2 untuk berubah dari yang buruk kepada baik & yang baik ke arah yang lebih baik tak kira dalam apa2 aspek sekalipun terutama dalam aspek kerohanian dimana mahasiswa2 perlu kembali ke agama Islam dalam melakukan sesuatu perkara. sebagai contoh,kita boleh bersuka ria tapi perlulah fikir apa yang baik dan apa yang buruk supaya apa yang kita buat tu mendapat keberkatan ALLAH S.W.T.

bersama-sama lah kita mendoakan segala perbuatan,perlakuan,percakapan dan ilmu yang kita cari itu mendapat keberkatan oleh ALLAH. itu kerana kepadaNya sahaja kita akan dikembalikan.amin.

Sekian, wassalam.

Tuesday, January 25, 2011

SiaPakAh DiRi INi...

Assalamualaikum w.b.t...


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....

nAmA dIBerI oLeH pArentS kU yG manA meNgaMbiL mAsA 40 hArI 40 MaLam meMikIrkAnnYA iaLah Tuan Mohd Asmawi bin Tuan Makhta (kene tulis mengikut I/C laa). pAngGIL aje aKu mAwI@aWIe.kT SeKolAh/UnIveRsiTi mEMbEr2 paNgGiL aKu MaWi. kT UmAh,naMa maNjA akU,AwiE...hehe. tU jE kOwt sebaGai PengEnaLAn.

bLog inI kU create sebaGai JaLan uNtUk aKu beRkonGsi hIdUp,iLmu PenGetahuAn, & seBagaiNya denGAn anDa seMUa.Orang2 PutEh caKAp,"sHariNg iS cAring".hehehe.

uNtuk mEngeNaLi akU deNgan leBih laGi,bOleH lA bUka2 FB aKu,facebook.com/Mawiey.


being my followers & post a comment.


sEkiaN uNtUk PerMulaAn.TQ.
WassaLam..